Sambutan Hari Guru 2009 peringkat sekolah SMK Seri Lipis telah diadakan pada 18 Mei 2009. Sekalung penghargaan kepada semua guru dan pelajar kerana memberi kerjasama penuh menjayakan sambutan ini. Terima kasih kepada Badan Pengawas SMKSL dan Persatuan Pelajar Tingkatan 6 yang telah bertukus lumus membuat persediaan memastikan aturcara majlis berjalan lancar. Sambutan Hari Guru pada tahun ini mencatat sejarah tersendiri kerana penuh dengan pelbagai acara dari jam 7.30 pagi hingga 10.30 malam. Terima kasih juga kepada PIBG SMKSL, YB Parlimen Lipis, Kantin Sekolah, Dewan Makan Villa Seri dan Persatuan Usahawan Muda yang sudi menghulurkan sumbangan untuk menjayakan sambutan tahun ini. Diharapkan program sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara para guru dan para pelajar.
Semoga SMK Seri Lipis akan berjaya mencapai MISI untuk menjadi Sekolah Tersohor Pada Tahun 2010.
Sasterawan Negara
Dato’ Usman Awang
Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Sarawak
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.