Thursday, August 13, 2009

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2009










Pada 12 Ogos 2009 (Rabu), Panitia Sejarah telah menganjurkan pelancaran Bulan Kemerdekaan 2009 di Dataran Cendikiawan, SMK Seri Lipis. Aktiviti yang telah dijalankan ialah :-
  1. gimik perasmian dengan 'membebaskan' 2 ekor burung dari sangkar.
  2. persembahan lakonan kemerdekaan oleh pelajar-pelajar tingkatan 1
  3. dikir barat
  4. kompang formasi
  5. nyayian lagu-lagu patriotik bertemakan kemerdekaan
  6. ceramah kemerdekaan

Wednesday, August 12, 2009

Belajar Bahasa Inggeris Menggunakan Akhbar




Pada 11 Ogos 2009, program belajar bahasa inggeris menggunakan akhbar telah diadakan di Makmal Bahasa, SMK Seri Lipis. Pelajar dipecahkan kepada 2 sesi. Sesi pertama 8.00 hingga 10.30 pagi dibuka kepada pelajar tingkatan 4. Manakala sesi kedua, 11.00 hingga 1.00 petang untuk pelajar tingkatan 1 dan 2. Program ini adalah hasil kerjasama sekolah dengan pihak NSTP.

Saturday, May 30, 2009

SELAMAT HARI LAHIR KE-4, MIZA



Hari ini 30 Mei 09 genaplah 4 tahun usia anak cikgu yang ke-3, Nur Miza Adlina Bt Taufik. Tarikh ini merupakan kenangan paling manis kerana kelahiran Miza penuh dengan peristiwa. Pada 28 Mei 2005, saya selaku guru pembimbing telah membawa pasukan Persatuan Usahawan Muda (PUM) SMK Seri Lipis ke UPM untuk mewakili Pahang dalam Konvensyen PUM peringkat National ke-9. Pada jam 11 pagi 29 Mei 09 saya telah bergegas ke KLIA untuk pulang ke Kota Bharu kerana isteri saya telah dibawa ke hospital KB untuk bersalin. Pelajar PUM tidak tahupun saya tiada, takut-takut mereka hilang semangat untuk berlatih. Maklumlah pada 30 Mei mereka akan membentangkan laporan tahunan syarikat nanti. Pada awal 6.00 pagi 30 Mei lahirlah Cik Miza. Selepas selesai semua urusan di hospital saya pun bergegas semula ke 'airport' untuk pulang semula ke KL. Malangya 'flight' yang sepatutya berlepas jam 4.30 ptg telah ditunda penerbangan pada jam 8.30 malam. Maka pada pukul 9.30 malam barulah saya sampai ke KLIA. Cikgu Zulmajdi datang menjemput saya terus ke Hotel Equitorial, Bangi untuk majlis penutup dan penyampaian hadiah konvensyen. Pada malam itu nama SMK Seri Lipis selaku wakil Kontigen Pahang telah memenangi 3 Kategori yang dipertandingkan iaitu Johan Persembahan Terbaik, Johan Pengurus Terbaik dan Naib Johan Pengetua Terbaik. SMK Seri Lipis (sekolah luar bandar) telah berjaya mengalahkan sekolah-sekolah elit di Malaysia. Memang membanggakan. Saya dapat 2 perkara hari itu, kemenangan PUM dan anugerah daripada ALLAH, Cik Miza. Selamat Hari Lahir ke-4. Semoga semangat PUM membara bersama mu.

Wednesday, May 20, 2009

Sambutan Hari Guru 2009



Sambutan Hari Guru 2009 peringkat sekolah SMK Seri Lipis telah diadakan pada 18 Mei 2009. Sekalung penghargaan kepada semua guru dan pelajar kerana memberi kerjasama penuh menjayakan sambutan ini. Terima kasih kepada Badan Pengawas SMKSL dan Persatuan Pelajar Tingkatan 6 yang telah bertukus lumus membuat persediaan memastikan aturcara majlis berjalan lancar. Sambutan Hari Guru pada tahun ini mencatat sejarah tersendiri kerana penuh dengan pelbagai acara dari jam 7.30 pagi hingga 10.30 malam. Terima kasih juga kepada PIBG SMKSL, YB Parlimen Lipis, Kantin Sekolah, Dewan Makan Villa Seri dan Persatuan Usahawan Muda yang sudi menghulurkan sumbangan untuk menjayakan sambutan tahun ini. Diharapkan program sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara para guru dan para pelajar.

Semoga SMK Seri Lipis akan berjaya mencapai MISI untuk menjadi Sekolah Tersohor Pada Tahun 2010.

Sasterawan Negara
Dato’ Usman Awang
Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Sarawak
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Monday, January 5, 2009

LENSA PMR 2008

Lensa PMR 2008 memaparkan rakaman peristiwa pada hari pengambilan slip PMR pada 30 Disember 2009. Semoga peristiwa yang dirakamkan dapat menjadi peransang dan motivasi kepada anak-anak pelajar meneruskan kecemerlangan di SMK Seri Lipis.

Friday, January 2, 2009

SENARAI PELAJAR CEMERLANG PMR 2008


9A NURHIDAYATUL AZIAH BT NOOR AZMAN
NUR SHASHARINA BT SHAH RIN
IRANI BT ALLOHA

8A NUR HUSNA BT MOHAMAD AZIM
IZNI SYAHIRA BT NAHARUDIN

8A1B NAZRIZAWATI BT MOHAMAD ROZI
NURUL SYAMIMI BT SAHAROM

8A1C TG NURUL AIN BT TG BADRING SHAH
NUR AIN SOLEHAH BT MOHAMAD ZAMRI
ANIS NADIA BT ALIAS
AINUL AMALINA SHAKIRIN BT AHMAD

49A EN ZULMAJDI OMAR MOKHTAR

TAHNIAH!!! ANDA SEMUA MEMANG HEBAT

ANALISIS KEPUTUSAN PMR 2008

PMR 2008
CEA3057 SMK SERI LIPIS
















SUBJEK BIL CALON A B C D E

GPK RANKING


BIL % BIL
BIL
BIL
BIL



SUBJEK
BM 100 75
25
0
0
0


1,25 3
BI 100 34
35
28
2
1


2,01 10
SEJ 100 36
44
16
4
0


1,88 9
GEO 100 52
35
11
2
0


1,63 6
B. ARAB 43 4
7
21
11
0


2,91 11
P.I 100 51
40
9
0
0


1,58 5
MAT 100 50
34
13
3
0


1,69 8
SNS 100 49
40
10
1
0


1,63 7
KHB 1 49 49
0
0
0
0


1,00 1
KHB 2 1 1
0
0
0
0


1,00 2
KHB 4 50 37
12
1
0
0


1,28 4

843 438
272
109
23
1

GPS 1,67