Saturday, May 30, 2009

SELAMAT HARI LAHIR KE-4, MIZA



Hari ini 30 Mei 09 genaplah 4 tahun usia anak cikgu yang ke-3, Nur Miza Adlina Bt Taufik. Tarikh ini merupakan kenangan paling manis kerana kelahiran Miza penuh dengan peristiwa. Pada 28 Mei 2005, saya selaku guru pembimbing telah membawa pasukan Persatuan Usahawan Muda (PUM) SMK Seri Lipis ke UPM untuk mewakili Pahang dalam Konvensyen PUM peringkat National ke-9. Pada jam 11 pagi 29 Mei 09 saya telah bergegas ke KLIA untuk pulang ke Kota Bharu kerana isteri saya telah dibawa ke hospital KB untuk bersalin. Pelajar PUM tidak tahupun saya tiada, takut-takut mereka hilang semangat untuk berlatih. Maklumlah pada 30 Mei mereka akan membentangkan laporan tahunan syarikat nanti. Pada awal 6.00 pagi 30 Mei lahirlah Cik Miza. Selepas selesai semua urusan di hospital saya pun bergegas semula ke 'airport' untuk pulang semula ke KL. Malangya 'flight' yang sepatutya berlepas jam 4.30 ptg telah ditunda penerbangan pada jam 8.30 malam. Maka pada pukul 9.30 malam barulah saya sampai ke KLIA. Cikgu Zulmajdi datang menjemput saya terus ke Hotel Equitorial, Bangi untuk majlis penutup dan penyampaian hadiah konvensyen. Pada malam itu nama SMK Seri Lipis selaku wakil Kontigen Pahang telah memenangi 3 Kategori yang dipertandingkan iaitu Johan Persembahan Terbaik, Johan Pengurus Terbaik dan Naib Johan Pengetua Terbaik. SMK Seri Lipis (sekolah luar bandar) telah berjaya mengalahkan sekolah-sekolah elit di Malaysia. Memang membanggakan. Saya dapat 2 perkara hari itu, kemenangan PUM dan anugerah daripada ALLAH, Cik Miza. Selamat Hari Lahir ke-4. Semoga semangat PUM membara bersama mu.

No comments: