Monday, December 29, 2008

Pengertian HIJRAH dan perintah melaksanakannya

Salam Semua

Kita semua menyambut Tahun Baru Hijrah 1430. Bagi kita umat Islam, alangkah ruginya jika kita tidak menyambut ketibaan tahun baru Islam ini dengan penghayatan kisah Hijrah Rasulullah saw. Alangkah ruginya jika kita lebih mengagungkan ketibaan tahun baru Masehi 2009 daripada tahun Islam kita sendiri. Jika bukan kita umat Islam yg mengimarahkan tahun Islam ini, maka SIAPA LAGI ??

Apakah yang dimaksudkan dengan HIJRAH ?

Perkataan HIJRAH berasal dari bahasa Arab yang ertinya "meninggalkan sesuatu perbuatan" atau "menjauhkan diri dari pergaulan" atau "berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain. Menurut syariat, HIJRAH itu mempunyai 3 maksud:

1. Hijrah dari meninggalkan semua perbuatan yang terlarang oleh Allah. Hijrah ini adalah wajib bagi seluruh umat Islam berdasarkan Hadis Nabi saw:
"Orang2 yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan segala apa yg Allah telah melarang daripadanya" (Riwayat Bukhary dari Abdullah bin Umar r.a)

2. Hijrah mengasingkan diri dari pergaulan orang2 musyrik atau orang2 kafir yang menfitnahkan orang2 Islam atau mempersendakan agama Islam.
Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam (An Nisa : 140)

3. Hijrah (berpindah) dari negeri atau daerah orang2 kafir atau musyrik ke negeri/daerah orang2 muslim sekiranya mereka tidak berkuasa atau mampu untuk mengerjakan amal ibadah atau terpaksa melakukan perkara yang terlarang oleh Allah. Ini berdasarkan peristiwa hijrah sahabat2 ke Habsyah dan hijrah besar dari Mekah ke Madinah.

Bagaimanapun sekarang ini, Hijrah yang paling besar adalah hijrah dari meninggalkan perbuatan terlarang ke perbuatan yang baik dan ini juga merupakan satu jihad yang amat besar di sisi Allah seperti Hadis Rasulullah saw : " Jihad yang paling besar adalah jihad melawan NAFSU"

Apakah HIJRAH masih berlaku dan relevan pada kita umat Islam masa kini ??
YA ! PASTI ! Sesungguhnya terdapat lebih dari 30 firman Allah yang menceritakan perihal perkara Hijrah, tentang tujuan dan ganjaran bagi perbuatan hijrah tersebut. Bagi maksud pertama dan kedua di atas, proses Hijrah sudah pasti terus berlaku dan wajib bagi kita umat Islam sepanjang masa. Bagi maksud Hijrah yang ketiga, hijrah akan menjadi wajib apabila keadaan memaksa atau memerlukan kita berbuat demikian.

Banyak ayat2 Hijrah yang berpasangan dengan perkataan JIHAD menunjukkan betapa kuatnya perkaitan atau sinergi antara kedua perkara Hijrah dan Jihad ini dalam amalan kita sebagai hamba Allah yang beriman.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berHIJRAH dan berJIHAD di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (AL Baqarah : 218)

Orang-orang yang beriman dan berHIJRAH serta berJIHAD di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. (At Taubah : 20)

Dua ayat di atas daripada berpuluh ayat-ayat Hijrah yang lain sudah cukup membuktikan bahawa proses HIJRAH ini masih relevan dan akan terus berlaku hingga akhir zaman dan sudah tentu menjadi kewajipan bagi kita umat Islam.

Bagaimanapun bagi para pejuang agama Allah (Islam) dalam membela agama dan syariat Islam serta orang2 Islam, maka firman Allah dibawah adalah janji dan motivasi yg Allah sampaikan secara langusng kepada kita melalui kekasihnya Rasulullah saw:

Dan orang-orang yang berhijrah karena Allah (dalam membela agama Allah) sesudah mereka dianiaya, pasti Kami akan memberikan tempat yang baik-baik kepada mereka di dunia dan sesungguhnya ganjaran di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Allah saja mereka bertawakal. (An Nahl : 41-42)

Akan tetapi ada juga orang yg mengatakan bahawa proses Hijrah ini sudah berakhir di zaman Rasulullah saw dan tidak berlaku lagi seperti Hadis dibawah:

"Tidak ada Hijrah lagi sesudah FATH (pembukaan) kota Mekah, tetapi hanya jihad dan niat"

Secara ringkas, hadis ini bermaksud sesudah terbuka atau jatuhnya kota Mekah pada kekuasaan Rasulullah saw dan para Sahabat, maka tidak ada lagi hijrah bagi kaum muslimin tetapi yang tetap ada adalah jihad dan niat untuk mempertahan dan membela agama Islam.

Begini penjelasannya yang sebenar :
Hadis ini bermaksud bahawa Hijrah dari Mekah ke Madinah untuk peribadi Rasulullah saw dan para sahabatnya sudah selesai kerana apa yg telah terjadi itu sudah pasti tidak dapat diulangi mereka lagi. Begitu juga dengan Hijrah sebahagian sahabat ke Habsyah sebanyak 2 kali sebelum Hijrah besar ke Madinah.
Sesudah futuhnya (pembukaan) kota Mekah di tangan kaum muslimin maka tidak ada lagi Hijrah dari Mekah ke Madinah.
Keterangan ini dapat diperjelaskan dan diperkuatkan dengan perkara2 berikut:

a. Firman Allah mengenai Hijrah yg lebih daripada 30 ayat di dalam Al Quran dan tidak ada satu pun antara ayat2 tersebut yang memberitahu bahawa perintah Hijrah itu telah dihapuskan hukumnya. Maka, perintah Hijrah ini tetap terus berlaku dan menjadi syarat kedua selepas beriman sebelum proses Jihad berlaku bagio setiap individu Muslim.

b. Hadis-hadis Rasulullah saw yang antaranya:

"Tidak berputus HIJRAH sehingga berputuslah TAUBAT." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan An Nasai dari Muawiyah r.a.)

"Tidak berputus HIJRAH selama orang-orang kafir diperangi." (Riwayat An Nasai dari Abdullah bin As Sa'dy)

c. Sehingga hari ini belum ada seorangpun ulamak Islam yg muktabar dan adil dari kalangan ahli tafsir dan ahli hadis yg menyatakan bahawa ayat Hijrah itu telah mansuh atatu terhapus hukumnya .

Sesungguhnya peristiwa besar HIJRAH Rasulullah saw dan para Muhajirin adalah satu titik permulaan yang menyebabkan agama Islam tumbuh subur di seluruh pelusuk dunia. Maka sudah pasti dan seharusnya, kita para umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya mengambil pimpinan HIJRAH Rasulullah saw sebagai tauladan kepada kita dan selanjutnya terus menghidupkan amalan HIJRAH di dalam hati dan amalan kita dengan penuh ikhlas.

Jadi adakah kita sudah bersedia untuk melakukan proses Hijrah diri kita kepada perkara yg dirahmati Allah secara TOTAL? Jika belum, BILA LAGI? Adakah kita pasti bahawa MAUT masih jauh lagi? Atau, hanya esok hari atau beberapa jam lagi?

Mudah-mudahan MAAL HIJRAH 1430 ini menjadi ingatan dan tauladan serta diterapkan kepada amalan kita sehari-hari terutama pada diri saya sendiri yang sering alpa dan hanyut dengan nikmat dunia yg hanya mainan, senda-guran dan sementara ini.

Wallahu'alam bissawab

<abidanial.blogspot. com>

SELAMAT TAHUN BARU

Salam,

Selamat menyambut Maal-Hijrah. Tahun 1430 Hijrah merupakan satu titik permulaan untuk kita semua meneruskan kehidupan dengan niat dan tekad untuk membaiki diri. Dunia kini terus dilanda pelb agai peristiwa yang mengemparkan sama ada suka mahupun duka. Rentetan peristiwa yang dapat kita dengar dan saksikan di seluruh pelusuk dunia sewajarnya memberi pengajaran dan mewujudkan sempadan kepada kita. Ayuh, mari kita bersama-sama tanpa mengira yang tua atau yang muda merubah di ri menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Jadilah insan biasa yang bekerja secara luar biasa. Sesuatu yang biasa bagi seseorang mungkin luar biasa bagi orang yang lain. Contohnya seorang pelajar A biasa mendapat A dalam Matematik manakala pelajar B tidak biasa mendapat C dalam Matematik. Pelajar B sebagai insan biasa dengan bekerja secara luar biasa pasti akan dapat merealisasikan untuk mendapat C malah A dalam matematik.

Untuk beru bah, kita mesti mempunyai perancangan di awal tahun lagi. Tanpa perancangan pasti perubahan yang ingin dilak sanakan sukar dicapai. "Fail to plan" bermaksud "Plan to fail.

Ayuh! merubah nasib bersama untuk dunia dan akhirat.

Blog ini dimulakan pada Jam 12. 57 a.m pada 1 Muharram 1430H bersamaan 29 Disember 2008 sebagai langkah untuk saya berkongsi dengan sesiapa sahaja maklumat yang berguna dalam kehidupan duniawi dan akhirat.