Thursday, January 1, 2009

MESYUARAT GURU SMK SERI LIPIS KALI PERTAMA


Pada 30 Disember 2008 Mesyuarat Guru Kali Pertama telah diadakan sebagai persiapan awal sebelum sessi persekolahan 2009 bermula. Hanya seorang guru sahaja gagal hadir kerana menyambut kepulangan ibu & bapanya dari mengerjakan ibadah haji. Terdapat beberapa perubahan dari segi tugasan di kalangan para guru. SMKSL masih kekurangan 8 orang guru. Pada tahun 2009, SMKSL sepatutnya mempunyai tenaga guru sebanyak 61 orang. Kekosongan ini akan diisi oleh guru baru dan guru sandaran tidak terlatih.



Jadual waktu 2009 pun telah diedarkan. Yang paling menarik saya telah diberi kepercayaan mengajar Geografi Tingkatan 1. Kelakar jugakan.

Semoga SMKSL akan mencapai Misinya untuk menjadi sekolah tersohor menjelang 2010.

1.41 pagi, 1 Januari 2009 - Selamat Tahun Baru Masihi

1 comment:

ZDIN said...

bangga kawe demo dah jadi blogger