Friday, January 2, 2009

KEPUTUSAN PMR 2008


Pada 30 Disember 2008 keputusan PMR telah diumumkan. Pada tahun ini keputusan PMR di SMKSL telah melonjak ke tahap yang boleh dibanggakan. Secara keseluruhannya semua subjek mencatatkan keputusan yang cemerlang kecuali subjek Bahasa Inggeris gagal mencapai keputusan 100 peratus lulus. Seorang sahaja pelajar gagal dalam subjek tersebut menyebabkan SMKSL gagal mencatat keputusan 100 peratus.

Bagaimanapun, SMKSL telah berjaya mengatasi SMK Clifford dalam peratus kelulusan. SMKSL mencatatkan 99% lulus, manakala SMKC mencatatkan hanya 98.06% sahaja. SMKC masih kekal sebagai sekolah yang unggul dengan catatan Gred Purata Sekolah (GPS). Pada tahun 2008, SMKC mencatat GPS 1.54 berbanding 1.47 pada tahun 2007. SMKC mencatat penurunan GPS sebanyak (0.06). SMKSL pula telah berjaya melakukan lonjakan yang besar dalam GPS di mana pada tahun 2007, GPS ialah 2.01 telah meningkat kepada GPS 1.67 pada tahun 2008. Peningkatan 0.34 merupakan satu kejayaan yang besar kepada warga SMKSL. Tahniah kepada semua calon PMR 2008 atas kejayaan cemerlang dalam PMR





































































































































































































1 comment:

Anonymous said...

cikgu time kasih sbb jd guru y tlh byk tlg dlm segala segi..terutama utk penyesuain dlm skol